Monday, 13 March 2017
Setiap manusia memiliki sekeping hati. Namun sekeping hati itu berbeza isinya. Ada yang terisi dengan perkara baik, ada juga yang terisi dengan perkara buruk. Justeru itu, tidak hairanlah kerana iman manusia terdapat turun naiknya. Sebab itulah kita sebagai hamba Allah yang kerdil sepatutnya bersyukur atas kurniaan Allah terhadap kita. Hati kita ini perlulah diisi dengan makanan rohani. Segelintir diantara kita ada yang mengatakan perlu juga diisi dengan hiburan. Ya, hiburan tak salah tetapi jangan kita berlebihan sampai kita menjadi lagha dengan nikmat dunia dan akhirat dilupakan. Janganlah sebegitu. Berhibur juga ada batasnya. Pandai-pandai laa kita seimbangkan perkara tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)